Jumaat, 18 April 2014

7 Petua Memutihkan Ketiak Dan Celah Peha


lelaki-petua-ketiak putih

Bagi wanita asia celah ketiak hitam seperti normal kerana dipengaruhi beberapa faktor seperti genetik dan pengumpulan sel kulit mati akibat perpeluhan kerana cuaca yang agak panas. Mengidamkan ketiak dan celah peha yang putih tak salah tapi kena la usaha sikit. Di sini cik siti nak kongsi beberapa tips yang cik siti cilok dari beberapa sumber.

Cukup melakukan 7 perawatan untuk mengatasinya dengan menggunakan bahan  yang murah dan mudah di dapati. 

1. Scrub lemon/Limau nipis

Kerana kandungan vitamin C sangat tinggi, buah lemon sangat sesuai di gunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Caranya sangatlah mudah, cukup lakukan scrub ketiak rutin dengan memakai buah lemon. Kerana lemon ada dua fungsi iaitu memutihkan kulit juga membuat ketiak anda jadi segar dan wangi. 

2. Lulur kunyit 

Kunyit bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Beberapa produk lotion pun ada yang menggunakan kunyit sebagai bahan pemutih semulajadi. Anda tidak perlu susah payah menggilingnya, cukup beli saja di pasar yang  sudah dijadikan serbuk. Caranya cukup mudah larutkan 2 senduk serbuk kunyit dalam air dan oleskan di ketiak. Bilas sesudah dibiarkan beberapa minit. 

3. Yogurt dan susu

Yogurt dan susu banyak mengandung asam laktat, iaitu bahan  yang mampu memutihkan ketiak secara semulajadi. Campurkan yogurt  dengan beberapa sudu susu. Kemudian oles sebagai scrub dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan rutin setiap minggu untuk mendapat hasil yang diidamkan.

4. Timun

Efeknya yang menyegarkan dapat membantu melembabkan kulit, mengatasi kulit berminyak bahkan dapat digunakan untuk memutihkan ketiak. Untuk mengatasi ketiak hitam caranya sangatlah mudah, cukup haluskan timun dan maskerkan pada ketiak anda. Sesudah di biarkan selama 12-17 minit, bersihkan dengan air yang bersih. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, seminggu buat 2-3 kali. 

5. Betik dan Madu

Betik dan Madu tidak hanya enak makan, tetapi juga memiliki manfaat memutihkan ketiak. Kandungan asam arkobat yang terdapat pada betik  dapat mempercepat pengelupasan sel kulit mati pada kulit. Sedangkan Madu memiliki kandungan vitamin C dan polifenol yang berguna untuk mencerahkan kulit ketiak. Caranya, ambil 1/4 buah betik mengkal kemudian haluskan dengan blender.Tambah 2 senduk makan madu dan oleskan di ketiak. Biarkan selama kurang lebih 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

6. Baking Soda

Biasanya digunakan untuk membuat kek atau kuih tapi sebenarnya boleh digunakan untuk memutihkan ketiak juga. Baking soda memiliki kalsium yang boleh mengangkat sel kulit mati. Caranya cukup mudah ambil secubit, larutkan dalam air dan oleskan diketiak. Gosok selama kurang lebih 2 hingga 3 minit kemudian bilas dengan air bersih.

7.Ubat gigi

Picit sebesar kacang soya ubat g.igi dan coletkan pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap. Bersihkan dengan air bersih. Jangan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda sensitif.

Tips Tambahan

Ketika mencukur bulu ketiak, berhati-hatilah. Jangan sampai menggores kulit ketiak, kerana akan membuat kulit ketiak stres dan berpeluh. Pilihlah alat cukur yang betul-betul tajam, bersih dan cukur pada satu arah saja supaya tidak menyebabkan iritasi


Memang cara ini akan mengambil masa untuk menampakkan hasil , tapi hasilnya akan lebih natural dan cantik selamanya. Semuanya bergantung pada anda sama ada mahu yang cepat atau lambat . Mendapatkan kulit cantik tak harus mahal kan?

15 ulasan:

  1. thanx sharing.. utk peha pun bole kan guna cara nie..

    BalasPadam
  2. suka guna lemon/limau..rasa lebih fresh.hehe

    BalasPadam
  3. cik siti guna apa yg ada di rumah je..hehe

    BalasPadam
  4. menarik..nanti boleh cuba bt..anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    BalasPadam
  5. http://madey09.blogspot.com/ datang kenal kan blog Etuza..tips bagus tu...

    BalasPadam
  6. salam . klau gune kunyit , bley gugurkn bulu ketiak tak ?

    BalasPadam
  7. Cuba product Xtreme Brite Gel memang berkesan. Dah cuba mcm mcm tp yg ini paling berkesan. Boleh tengok review di IG @dyxcloset atau facebook Xtreme Brite Gel Malaysia. Thumbs up!!

    BalasPadam
  8. Nak cari duit tambahan?
    Siapa2 saja boleh join..
    Tiada yuran diperlukan!
    Tiada pengalaman diperlukan!
    Kalau anda rasa ianya menipu, anda takkan rugi apa2 sebab ianya PERCUMA!
    Kerja semudah 1,2,3..
    Cuba dulu, baru tau..
    Cuma klik link di bawah:
    http://WeeklyFixPay.com/?share=6814

    BalasPadam
  9. terima kasih atas informasinya

    BalasPadam
  10. celah kelangkang hitam dan berkerak...sekarang ni pulak luka...nak buat cam na??

    BalasPadam
  11. Ada lagi ke orang rajin nak buat semua ni
    untuk cerahkan kulit. Hehehee.

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email