Khamis, 20 Mac 2014

11 Pokok Yang Paling Beracun Diseluruh Dunia

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besar berada di depan mata kita tanpa kita sedari. Sesetengahnya luaran nampak indah dan cantik, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang dapat membunuh manusia. Beberapa dari pohon paling beracun tersebut, Cik Siti cuba merangkum pohon yang paling beracun yang di temui dari beberapa sumber.

1.Manchineel

manchineel













Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia. Pokok ini diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. Namanya bererti "epal kecil pembawa kematian" kerana bentuk buahnya yang mirip epal. Kerana ramai yang menyangka pokok ini adalah pokok epal, seringkali diberi amaran di sekitar pohon ini. Well, pokok yang diberi larangan "Dilarang menghampiri", kalian boleh bayangkan betapa beracunnya tanaman ini.

Jangan sesekali berlindung di bawah pokok ini apabila hujan, tubuhmu akan penuh dengan luka "bakar" kerana campuran getah tanaman ini jatuh ke tubuhmu bersama hujan. Bahkan jika kamu membakar bahagian apapun dari pohon ini, asapnya saja boleh membuatmu buta.

2.Water hemlock

water hemlock














Water hemblock adalah tanaman yang tumbuh dikawasan berair dengan tinggi hingga 2.5 meter (8.2 kaki), bunga hijau atau putih kecil disusun dalam bentuk payung. Water Hemlock atau cicuta maculata dikenali sebagai tanaman paling beracun di Amerika Utara dan Eropah. Bunga, batang dan akar tumbuhan ini mengandungi suatu sebatian yang beracun disebut cicutoxin dan sebahagian besarnya tertumpu diakar.

Walaupun dalam jumlah sedikit cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan kemudian diikuti dengan kematian jika tubuh tidak mampu bertahan lagi. Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas penggunaan. Satu hingga dua gigitan akar tanaman sudah boleh menyebabkan kematian. Hal ini disebabkan akar tanaman ini menyerupai lobak atau termasuk tanaman jenis ubi sehingga sering salah digunakan oleh manusia.

3. Jarak (Ricinus communis)

pokok jarak



















Tumbuhan ini memang banyak di sekitar kita. Tapi tahukah kalian, ini adalah salah satu tumbuhan paling beracun di dunia. Satu bijinya saja mampu membunuh seorang manusia dewasa dalam seminit! 
Tumbuhan kastor asli berasal dari lembangan Mediterranean, Afrika timur dan India, tetapi banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan.Walaupun benihnya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komersial yang terawal dan penting dari segi ekonomi semulajadi.

Toksin yang dinamakan ricin didapati di seluruh tumbuhan tersebut, tetapi tertumpu di biji / kacang (minyak jarak dibuat daripadanya). Satu biji mentah adalah cukup untuk membunuh manusia dalam 2 hari, yang menjadikan kematian yang panjang dan  memeritkan. Gejala-gejala pertama akan dialami dalam tempoh beberapa jam dan akan termasuk rasa seakan terbakar di tekak dan mulut, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah. Punca akhir kematian adalah akibat dehidrasi.

4. Belladona

belladona
















Dikenal sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandungi tropane alkoids yang membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buah nya yang seperti enak dimakan. Gejala yang terjadi dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf membuat gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup laju.

5. Oleander

oleander













Tanaman ini banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana keelokan bunganya. Namun jangan salah, semua bahagian dari tanaman ini sangatlah beracun. Oleander dikenal sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri di selatan India. Bahkan satu daunnya saja cukup untuk membunuh manusia dewasa apabila dimakan. Tanaman ini mengandungi pelbagai jenis racun walaupun telah dikeringkan, termasuk nerioside, rosagenin, oleandroside, saponins, dan cardiac glycosides. Zat-zat tersebut merupakan zat yang dapat melambatkan denyut jantung dan jantung gagal berfungsi.

Racun-racun tersebut terdapat pada semua bahagian tanaman, namun umumnya tertumpu pada bahagian getah yang kelihatan berwarna putih seperti susu. Jika terkena kulit manusia, getah ini boleh menghalang reseptor luar kulit manusia sehingga menyebabkan kulit jadi kebas atau mati rasa.

6. Daphne

daphne














Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun tapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan koma bahkan kematian.

7. Lyly of the valley

lyly of valley













Lily of the valley kelihatan cantik dan kelihatan tidak berbahaya tapi jangan tertipu. Sama seperti bunga daphne, bunga ini sangat beracun mengambil satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak terlalu menyakiti orang dewasa. apabila dimakan dalam jumlah cukup banyak bunga ini menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan cirit-birit. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung

8. Angel’s Trumpet

angel trumpet














Jangan terpedaya dengan namanya dan kecantikannya, tanaman ini mengandung racun yang sangat memudaratkan manusia mahupun haiwan. Terkenal sebagai halusinogen yang sangat sangat kuat kerana mengandung zat tropane alkaloids. 

9. Rhododendron

rhododendron

















Tanaman ini apabila musim berbunga nampak sangat indah sekali dari pandangan mata. Namun Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga kematian.

10. Autumn Crocus

autumn crocus














Juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.  Mengandung colchicine, ubat mematikan yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi. Racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada Ubatnya. Keracunan tanaman ini menyebabkan hilangnya tekanan darah dan penyakit jantung.

11. English Yew

english yew














English Yew atau taxus baccata, adalah salah satu pohon beracun di muka bumi. Pohon yang hijau rimbun ini umum ditemukan di Eropah. Para ilmuwan menganggapnya sebagai pohon aneh, kerana seluruh bahagiannya sangat beracun kecuali kulit buahnya.

Kerana racunnya menyebabkan kelumpuhan. Pernah digunakan untuk proses mengugurkan kandungan yang selalu berakhir dengan kematian. Racun utamanya adalah taxine atau taxane dengan molekul C20H36. Taxine merupakan suatu alkaloid pemicu terjadinya serangan jantung. Racun tumbuhan ini beraksi dengan cepat dan hingga saat ini belum ditemukan penawarnya. 50 dan 100 gram dos cukup untuk membunuh manusia

7 ulasan:

  1. Menakutkan yang no.1 tu, ada ke di Malaysia eh?
    Yang selebihnya tu semua cantik2....tp tetap bahaya. (^^,)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti Nooryanawati rasanya xde kat malaysia..
      tu la cantik tp bahaya

      Padam
    2. yang no 8 tu banyak kat cameron highlands... deme tanam tepi2 kedai / bangunan etc.. -__-"

      Padam
  2. Nice info.. Cntik tpi berbahaya...

    BalasPadam
  3. Yg no satu tuh ada dimalaysia..berhati2 lah jika terjumpa.saya sndripun penah teringin sgt nak makan bila tgk buahnya macam epal.mujur abang sy kata buah tu beracun.Mula saya xpercaya tapi waktu tu ada dua org lelaki ngah memetik buah tu masuk dlm plastik.Bila sy tanya drg buah tu boleh dimakanke drg kata buah tu beracun drg nak buat racun tikus.Eee,mujurlah..

    BalasPadam
  4. X sangka sampai boleh dibawa kepada maut..

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com